Bahan dan peralatan yang digunakan
1. Campuran tanah
2. Plasik
3.Tali
4. Hormon penggalak akar
5. Tumbuhan yang sesuai
Langkah-langkah
1. Buat dua kelaran di sekeliling ranting
2. Buat potongan memanjang yang menyambungkan kedua-dua kelaran
3. Kopek kulit kayu
4. Kikis tisu kambium
5. Sapu hormon pengakar di atas kelaran
6. Lengkapkan medium disekeliling kelaran
7. Padatkan medium
8. Balut degan politena lutsinar
9. Ikat politena
PROSES-PROSES MELAKUKAN TUT
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membuat kelaran sepanjang 3cm di sekeliling ranting. Kemudian kulit kayu dikopek dan tisu kambium dikikis. Hormon pengakar kemudiannya disapu di atas kelaran.
Ambil sedikit tanah dan digumpalkan. Kemudian tampalkan secara padat di atas ranting yang telah dikelar.
Akhir sekali cantuman tersebut dibalut dengan plastik.
selepas 2-3 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan dipotong dibawahnya kemudian di tanam ke dalam pasu.
No comments:
Post a Comment