Thursday, 22 November 2018

AMALI 2 - BAJA ORGANIK

BAJA ORGANIK

Untuk eksperimen pada hari ini, kami menjalankan eksperimen pembuatan baja organik. Baja organik adalah sebatian baja yang mengandungi bahan-bahan semulajadi  tanpa melibatkan campuran daripada bahan-bahan kimia yang membahayakan.

Aktiviti amali yang dilakukan adalah terdiri daripada empat jenis baja organik iaitu FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice) dan juga Kulit telur (Cap).  Eksperimen dijalankan kepada empat jenis bahan iaitu perut ikan, sayur, kulit pisang dan juga kulit telur. Pemerhatian dibuat setiap hari bagi mengesan kehadiran gas dan warna pemeraman bagi keempat-empat jenis penyediaan baja organik tersebut.


Bahan-bahan untuk penghasilan baja organik


Proses membuat baja organik


FAA (Fish Amino Acid)

Antara bahan yang digunakan ialah gula merah, perut ikan, kain penutup dan juga botol plastik. Pertama sekali perut ikan dipotong kecil-kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi. Perut ikan yang telah siap dipotong, dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan dan dimasukkan ke dalam bekas. Campuran kedua-kedua bahan tersebut adalah pada nisbah 1:1. Bekas kemudiannya ditutupkan dengan menggunakan kain penutup. Selepas 2 minggu, jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 5 liter air.



FPJ (Fermented Plant Juice)

Bahan-bahan yang digunakan adalah sisa sayur-sayuran yang dipotong kecil, gula merah, kain penutup dan juga bekas plastik. Sisa sayuran yang telah dipotong dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan. Campuran kedua bahan adalah pada kadar nisbah 1:1. Campuran dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup dengan penutup kain. Selepas 2 minggu, jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 1 liter air.



FFJ (Femented Fruit Juice)

Bahan yang digunakan adalah kulit pisang, gula merah, kain penutup dan juga bekas plastik. Kulit pisang dipotong kecil kemudian dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan. Campuran kedua bahan pada kadar nisbah 1:1. Campuran dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup dengan penutup kain. Selepas 2 minggu, jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 1 liter air.




Kulit Telur (CaP)

Bahan yang digunakan adalah telur, cuka, kain penutup dan botol plastik. Kulit telur dihancurkan kemudian dicampurkan dengan cuka pada kadar nisbah 1:5. Campuran kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup dengan penutup kain. Selepas 2 minggu jus ditapis.




Hasil pemerhatian kesemua jenis baja organik ini direkodkan setiap hari selama 2 minggu bagi mengesan kehadiran gas dan juga warna pemeraman. 



Hasil keputusan adalah seperti berikut:




Hari/Tarikh Warna PemeramanKehadiran gas
FAAFPJFFJCaPFAAFPJFFJCaP
1coklatcoklat kehijauancoklat keperanganputih keruh/
2coklatcoklat kehijauancoklat keperanganputih keruh /
3coklat coklat kehijauancoklat keperanganputih keruh //
4coklat gelap coklatcoklat keperanganputih keruh //
5coklat gelap coklat coklat gelap jernih///
6coklat gelap coklatcoklat gelap jernih////
7coklat kehitamancoklatcoklat gelap jernih////
8coklat kehitamancoklat gelapcoklat gelap jernih////
9coklat kehitamancoklat gelapcoklat gelap jernih////
10coklat kehitamancoklat gelapcoklat gelap jernih////
11coklat kehitamancoklat gelapcoklat gelap jernih////
12coklat kehitamancoklat gelapcoklat gelap jernih////
13coklat kehitamancoklat gelapcoklat gelap jernih////
14coklat kehitamancoklat gelapcoklat gelap jernih////


1. Mengapakah botol perlu ditutup dengan kain?
 Botol ditutup untuk proses pemeraman

2. Apakah unsur utama yang terdapat dalam FAA,FPJ, FFJ dan CaP?

Unsur yang terdapat dalam :

a) FAA : Nitrogen 
b) FPJ  : Nitrogen 
c) FFJ  : Potassium 
d) Kulit telur : Phosporus

3. Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik?
Gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik adalah bertujuan untuk meningkatkan aktiviti mikroorganisma.

4. Pemeraman manakah yang mengeluarkan gas paling awal?
Pemeraman FAA (Fish Amino Acid) mengeluarkan gas paling awal.

5. Pemeraman manakah yang berubah warna paling awal?
Pemeraman FAA (Fish Amino Acid) berubah warna palig cepat.

6. Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman telur?
Cuka digunakan dalam pemeraman telur supaya mempercepatkan kulit telur menjadi hancur.

7. Adakah proses penapaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
Proses penapaian tidak memerlukan cahaya. Ini kerana mikrorganisma boleh membiak walaupun pada tempat gelap.







Saturday, 20 October 2018

AMALI 1 - TANAH

Pada pertemuan hari ini kami telah melaksanakan beberapa jenis aktiviti amali iaitu : 
  • menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan 
  •  mengukur nilai ph tanah 
  • penyediaan baja organik

Aktiviti 1 - Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Mendapan


BAHAN DAN ALATAN : Sampel tanah dan balang gas

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan  pensyarah memberikan panduan sebelum eksperimen dijalankan.

Untuk menentukan tekstur tanah melalui kaedah ini, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah menghitung peratusan pisahan tanah yang terdiri daripada pasir, kelodak dan tanah liat terlebih dahulu.

 Peratusan pisahan adalah dikira seperti berikut :

Peratusan Pisahan = Ketinggian lapisan pisahan (cm)    x 100
                      Ketinggian semua lapisan (cm)


LAPORAN KEPUTUSAN EKSPERIMEN

Pasir halus & kasar = 2.1 cm
Kelodak = 0.9 cm
Tanah liat = 0.1 cm

Pasir halus & kasar = 2.1 x 100 = 67.74 %
              3.1

Kelodak = 0.9 x 100 = 29.03 %
                                                                                        3.1

Tanah liat = 0.1 x 100 = 3.23 %
                                                                                            3.1

Setelah Peratusan Pisahan bagi ketiga-tiga komponen tersebut dihitung, tekstur tanah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg. Kesimpulannya, jenis tanah kumpulan kami adalah dari jenis ' Sandy Loam '


Aktiviti 2 - Mengukur Nilai ph Tanah

Dalam eksperimen ini, alat pengukur ph tanah digunakan bagi menguji kandungan ph tanah tersebut. Alat pengukur dicucuk pada tanah dan bacaan meter diambil. Bacaan ph tanah diukur dengan skala seperti berikut :

1 - 6 → asid
7 → neutral
8 ke atas → alkali



Kesimpulannya , nilai ph tanah kumpulan kami adalah berskala 6.9 iaitu bersifat asid.