BAJA ORGANIK
Untuk eksperimen pada hari ini, kami menjalankan eksperimen pembuatan baja organik. Baja organik adalah sebatian baja yang mengandungi bahan-bahan semulajadi tanpa melibatkan campuran daripada bahan-bahan kimia yang membahayakan.
Aktiviti amali yang dilakukan adalah terdiri daripada empat jenis baja organik iaitu FAA (Fish Amino Acid), FPJ (Fermented Plant Juice), FFJ (Femented Fruit Juice) dan juga Kulit telur (Cap). Eksperimen dijalankan kepada empat jenis bahan iaitu perut ikan, sayur, kulit pisang dan juga kulit telur. Pemerhatian dibuat setiap hari bagi mengesan kehadiran gas dan warna pemeraman bagi keempat-empat jenis penyediaan baja organik tersebut.
Bahan-bahan untuk penghasilan baja organik
Proses membuat baja organik
FAA (Fish Amino Acid)
Antara bahan yang digunakan ialah gula merah, perut ikan, kain penutup dan juga botol plastik. Pertama sekali perut ikan dipotong kecil-kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi. Perut ikan yang telah siap dipotong, dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan dan dimasukkan ke dalam bekas. Campuran kedua-kedua bahan tersebut adalah pada nisbah 1:1. Bekas kemudiannya ditutupkan dengan menggunakan kain penutup. Selepas 2 minggu, jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 5 liter air.
FPJ (Fermented Plant Juice)
Bahan-bahan yang digunakan adalah sisa sayur-sayuran yang dipotong kecil, gula merah, kain penutup dan juga bekas plastik. Sisa sayuran yang telah dipotong dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan. Campuran kedua bahan adalah pada kadar nisbah 1:1. Campuran dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup dengan penutup kain. Selepas 2 minggu, jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 1 liter air.

FFJ (Femented Fruit Juice)
Bahan yang digunakan adalah kulit pisang, gula merah, kain penutup dan juga bekas plastik. Kulit pisang dipotong kecil kemudian dicampurkan bersama gula merah yang telah dicairkan. Campuran kedua bahan pada kadar nisbah 1:1. Campuran dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup dengan penutup kain. Selepas 2 minggu, jus ditapis dan dicampurkan pada kadar 5ml ke dalam 1 liter air.
Kulit Telur (CaP)
Bahan yang digunakan adalah telur, cuka, kain penutup dan botol plastik. Kulit telur dihancurkan kemudian dicampurkan dengan cuka pada kadar nisbah 1:5. Campuran kemudiannya dimasukkan ke dalam bekas dan ditutup dengan penutup kain. Selepas 2 minggu jus ditapis.
Hasil pemerhatian kesemua jenis baja organik ini direkodkan setiap hari selama 2 minggu bagi mengesan kehadiran gas dan juga warna pemeraman.
Hasil keputusan adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh | Warna Pemeraman | Kehadiran gas | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
FAA | FPJ | FFJ | CaP | FAA | FPJ | FFJ | CaP | |
1 | coklat | coklat kehijauan | coklat keperangan | putih keruh | / | |||
2 | coklat | coklat kehijauan | coklat keperangan | putih keruh | / | |||
3 | coklat | coklat kehijauan | coklat keperangan | putih keruh | / | / | ||
4 | coklat gelap | coklat | coklat keperangan | putih keruh | / | / | ||
5 | coklat gelap | coklat | coklat gelap | jernih | / | / | / | |
6 | coklat gelap | coklat | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
7 | coklat kehitaman | coklat | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
8 | coklat kehitaman | coklat gelap | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
9 | coklat kehitaman | coklat gelap | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
10 | coklat kehitaman | coklat gelap | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
11 | coklat kehitaman | coklat gelap | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
12 | coklat kehitaman | coklat gelap | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
13 | coklat kehitaman | coklat gelap | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
14 | coklat kehitaman | coklat gelap | coklat gelap | jernih | / | / | / | / |
1. Mengapakah botol perlu ditutup dengan kain?
Botol ditutup untuk proses pemeraman
2. Apakah unsur utama yang terdapat dalam FAA,FPJ, FFJ dan CaP?
Unsur yang terdapat dalam :

a) FAA : Nitrogen
b) FPJ : Nitrogen
c) FFJ : Potassium
d) Kulit telur : Phosporus
3. Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik?
Gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik adalah bertujuan untuk meningkatkan aktiviti mikroorganisma.
4. Pemeraman manakah yang mengeluarkan gas paling awal?
Pemeraman FAA (Fish Amino Acid) mengeluarkan gas paling awal.
5. Pemeraman manakah yang berubah warna paling awal?
Pemeraman FAA (Fish Amino Acid) berubah warna palig cepat.
6. Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman telur?
Cuka digunakan dalam pemeraman telur supaya mempercepatkan kulit telur menjadi hancur.
7. Adakah proses penapaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
Proses penapaian tidak memerlukan cahaya. Ini kerana mikrorganisma boleh membiak walaupun pada tempat gelap.

No comments:
Post a Comment