PERCAMBAHAN BIJI BENIH
Eksperimen ini dilakukan adalah bagi mengkaji percambahan biji benih dalam keadaan yang berbeza. Keputusan percambahan biji benih dicatat selepas 3 hari.
Set Pertama
Eksperimen ini dilakukan adalah bagi mengkaji percambahan biji benih dalam keadaan yang berbeza. Keputusan percambahan biji benih dicatat selepas 3 hari.
Set Pertama
Keadaan untuk percambahan
|
Label Radas
|
Rawatan
|
Cahaya
|
A1
|
Diletakkan di atas meja tanpa dilembabkan
|
Air
|
B1
|
Diletakkan dengan air seperti biasa
|
Oksigen
|
C1
|
Dilembabkan di dalam air yang telah dididihkan dan dibiarkan sejuk.
Diletakkan di atas meja
|
Suhu
|
D1
|
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembabkan
|
Set Kedua
Keadaan
untuk percambahan
|
Label
Radas
|
Rawatan
|
Cahaya
|
A2
|
Disimpan di dalam laci selepas dilembabkan
|
Air
|
B2
|
Dibiarkan kering selepas dilembabkan
|
Oksigen
|
C2
|
Dilembabkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja
|
Suhu
|
D2
|
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembabkan
|
Biji benih yang dimasukkan ke dalam bekas dan dilabelkan
Percambahan biji benih set pertama selepas 3 hari
Ujikaji juga cuba dilakukan ke atas 10 biji benih 'kidney bean' dan juga 10 biji benih jagung bagi melihat percambahan biji benih tersebut. Biji benih tersebut diletakkan di atas meja dan dilembabkan seperti biasa.
Percambahan biji benih selepas 3 hari
KEPUTUSAN
Percambahan biji benih yang bercambah
Set A Set B
A1 - Tiada A2 - 1 biji benih bercambah
B1 - 7 biji benih bercambah B2 - 1 biji benih bercambah
C1 - 2 biji benih bercambah C2 - 4 biji benih bercambah
D1 - Tiada D2 - Tiada
1. Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
Air dalam bekas C1 dididihkan bertujuan untuk memberi kehadiran oksigen kepada bekas biji benih yang ingin diujikaji.
2. Apakah faktor yang menebabkan biji benih tidak bercambah?
Faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah adalah disebabkan oleh tidak mendapat cahaya, oksigen dan juga air yang mencukupi. Selain itu, suhu yang tidak bersesuaian juga boleh mempengaruhi proses percambahan biji benih.
3. Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini?
Kesimpulan yang boleh dibuat melalui ujikaji ini adalah kehadiran cahaya, air, okisgen dan suhu yang cukup dan bersesuaian adalah diperlukan bagi proses percambahan biji benih. Biji benih yang tidak mendapat cahaya atau air yang cukup , tidak akan mempengaruhi proses percambahan biji benih tersebut. Begitu juga dengan kehadiran oksigen dan faktor suhu juga amat penting bagi mempengaruhi percambahan biji benih.
4. Kirakan pertausan percambahan biji benih dalam bekas C2?
Peratusan percambahan biji benih bekas C2 :
biji benih bercambah
= ..................................... x100
Jumlah biji benih disemai
= 4 biji benih
................ x 100
10 biji benih
= 40 %
No comments:
Post a Comment