Tuesday, 11 December 2018

AMALI 4 - PEMBIAKAN KERATAN BATANG



Ujikaji ke atas pembiakan tumbuhan melalui keratan batang dan bahagian khas, atau nama lainnya pembiakan tanaman secara vegetatif, ia menggunakan bahagian-bahagian seperti ranting, akar, dan juga daun yang disemai ke dalam medium tanah. Ia merupakan cara yang mudah untuk menghasilkan pokok baru. Untuk tujuan eksperimen ke atas keratan batang, kami telah melakukan ujikaji tersebut menggunakan keratan ranting pada pokok bunga raya dan juga pokok bunga kertas.


Bahan dan peralatan

1. Gunting pemotong
2. Medium tanah
3. Sudip tangan
4. Plastik polybag
5. Hormon penggalak akar

Langkah-langkah 

1. Medium tanah dimasukkan ke dalam plastik polybag secara padat.
2. Buatkan lubang di tengah-tengah medium tanah.
3. Keratan batang yang telah dipotong, dicelupkan sedikit pada hormon penggalak akar.
    (hanya bahagian keratan batang sahaja yang dicelupkan dengan hormon penggalak akar. Tidak            pada bahagian khas tumbuhan lain).
4. Keratan batang dan bahagian khas tumbuhan dimasukkan ke dalam medium tanah.
5. Tumbuhan disiram 2 kali sehari.




Gambar menunjukkan proses menyediakan medium
tanah ke dalam polybag.


Gambar menunjukkan ujikaji pembiakan tumbuhan yang dilakukan ke atas
keratan batang dan bahagian khas tumbuhan

HASIL PEMERHATIAN

                                    Bahagian keratan batang didapati telah mengeluarkan tunas baru. 










1 comment:

  1. Your Affiliate Profit Machine is ready -

    And getting it set up is as simple as 1--2--3!

    Here's how it all works...

    STEP 1. Input into the system what affiliate products the system will push
    STEP 2. Add PUSH button traffic (this LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. Watch the system explode your list and sell your affiliate products all for you!

    Are you ready to start making money??

    Get the full details here

    ReplyDelete